. Imam Mahdi adalah sesuatu tajuk yang telah dibincangkan sejak sekian lama Dan sekarang makin rancak dibincangkan oleh umat Islam. Menurut ulama-ulama Sunni, Al Mahdi ialah Al-Masih, Sang Penyelamat, yang diramalkan akan muncul ketika dunia dalam suasana penuh dengan kemungkaran, kezaliman dan penindasan. Dikatakan Al-Mahdi akan mengembalikan umat ke pangkal jalan kerana umat telah disesatkan sebelum itu. Dia dikatakan berasal dari jalur keturunan Nabi SAWAS Dan tidak mengetahui dirinya adalah Imam Al Mahdi. kemudian pada satu malam, turun khabar dari langit dan keesokan harinya, dia menjadi Imam Al Mahdi. kemudian dia akan bangkit dengan satu pasukan yang melakukan revolusi yang memenangkan umat Islam ke atas musuh-musuh mereka. Kepercayaan sunni, Imam Mahdi merupakan Imam mereka yang akan muncul diakhir zaman. Dan gelarannya adalah Mahdi yang bermaksud yang membimbing dan yang memimpin. Tetapi, antara apa yang dikatakan para ulama berbanding dengan apa yang dikataka...