Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2023

ISLAM MENURUT IBNU KATHIR

 Apa itu Islam berdasarkan Tafsir Ibnu Kathir ? وَقَوْلُهُ: {‌إِنَّ ‌الدِّينَ ‌عِنْدَ ‌اللَّهِ ‌الإسْلامُ} إِخْبَارٌ مِنَ اللَّهِ تَعَالَى بِأَنَّهُ لَا دِينَ عِنْدَهُ يَقْبَلُهُ مِنْ أَحَدٍ سِوَى الْإِسْلَامِ، وَهُوَ اتِّبَاعُ الرُّسُلِ فِيمَا بَعَثَهُمُ اللَّهُ بِهِ فِي كُلِّ حِينٍ "Dan firman-Nya, 'Sesungguhnya agama (yang diterima) di sisi Allah ialah Islam.' Ia merupakan berita dari Allah Yang Maha Tinggi bahawa Dia tidak menerima agama selain daripada Islam, iaitu MENGIKUT PARA RASUL dalam apa yang Allah utuskan kepada mereka pada SETIAP WAKTU." -Tafsir Ibnu Katsir Volume 2 halaman 25. Jadi Islam menurut Ibnu Kathir ialah MENGIKUT RASUL dalam apa yang Allah utuskan kepada mereka pada SETIAP WAKTU ." Tetapi tiada rasul lagi setelah Nabi Muhammad sawas? Pendapat ini tidak benar. Berdasarkan Tafsir Ibnu Kathir sendiri jika seseorang berpendapat sedemikian dia bukanlah seorang Islam.

BAGAIMANA UNTUK MENGENALI AL-MAHDI?

  Jika Al- Mahdi berdakwah orang lain pun berdakwah? Benar, semata2 berdakwah tidak cukup sebagai ciri2 Al-Mahdi. Jadi bagaimana untuk mengenali Al-Mahdi? Al-Mahdi wajib menuntut wasiat Nabi. Nabi meninggalkan wasiat? Ya. Mustahil orang yang paling bijak di dunia membiarkan negara kucar-kacir tanpa pengganti. Mana wasiat itu? Hadis di Ghaybah At-Tusi Hadis itu mungkin palsu? Jika demikian sila bawa hadis wasiat yang lain jika ada. Jadi Nabi Muhammad pun menuntut wasiat? Ya. Wasiat siapa? Nabi Muhammad menuntut bahwa bagindalah dikhabarkan Isa sebagai Ahmad. Jadi Isa berwasiat? Ya

BENARKAH AL-MAHDI TIDAK KENAL DIRINYA AL-MAHDI?

  Adakah Al-Mahdi tidak kenal dirinya Al-Mahdi? Tidak benar, Al-Mahdi kenal dirinya Al-Mahdi. Kenapa ramai yang mengatakan Al-Mahdi tidak kenal dirinya sendiri? Kerana mereka percaya pada pendapat ulama. Akibat percaya begitu? Seolah-olah Al-Mahdi jahil dan ulama lebih pandai daripada Al-Mahdi. Apa lagi kepercayaan salah mereka? Mereka percaya para ansar Al-Mahdi secara tiba-tiba berkumpul. Kenapa kepercayaan ini salah? Sunnah para Nabi dan Rasul Allah untuk melakukan dakwah dan mengumpulkan ansarnya sedikit demi sedikit. Tiada nabi atau rasul yang secara tiba-tiba ansarnya berkumpul di sekeliling mereka. Contoh? Riwayat banyak tentang usaha dakwah para nabi dan rasul. Jadi apa yang perlu dilakukan? Lakukan kajian terhadap riwayat-riwayat dan tinggalkan tafsiran ulama.

SIAPAKAH MUSUH IMAM MAHDI?

Siapakah musuh Al-Mahdi? Golongan agamawan (ulama, pendeta, rabbi, nujum) dan pemerintah negara. Kenapa? Kitab-kitab, hadis dan sirah menunjukkan hal tersebut. Jadi tidak boleh percaya kepada mereka? Ya. Apa akibat percaya pada mereka ? Tak akan jumpa Al-Mahdi selamanya. Kenapa? Mereka tidak ingin kedudukan mereka diambil. Siapa yang mendapat manfaat? Para pemerintah. Kenapa? Dapat mengawal rakyat. Contoh? Kisah Nabi Ibrahim- pakciknya dan Nimrod. Kisah nabi Musa -haman dan Firaun. Kisah Isa -rabbi dan Pontius Pilate Kenapa hal ini terjadi ? Manusia telah meninggalkan riwayat.

IMAM MAHDI SUDAH MUNCUL

 Benarkah Imam Mahdi sudah muncul? Benar. Mengapa anda mengatakan demikian? Kerana Raja Abdullah Hijaz sudah meninggalkan dunia. Apa kaitan dengan kemunculan Imam Mahdi? Hadis dari Rasulullah sawas yang mengatakan demikian. Mana hadisnya? Rasullulah (Sawas) bersabda; "HIJAZ akan diperintah oleh seorang lelaki yang mempunyai nama haiwan (iaitu Raja Fahd yang bermaksud harimau bintang). Jika kamu melihatnya, kamu akan melihat bahawa dia mempunyai mata juling daripada jauh, dan jika kamu mendekatinya, kamu tidak akan melihat apa-apa kesalahan di matanya. Seorang saudara yang dipanggil ABDULLAH akan mewarisinya. Celakalah kepada Syiah(pengikut) daripadanya. Baginda mengulanginya tiga kali, khabarkan kepadaku berita gembira mengenai kematiannya, dan aku akan khabarkan kepada kamu berita gembira mengenai kemunculan Al-HUJJAH (iaitu Imam Mahdi)".  ~250 Tanda-tanda, tanda 88, m/s 136~ Hadis ini mungkin palsu? Jika hadis ini palsu maka si pemalsu adalah seorang Nabi. Kenapa demikian? ...